Sesi pertemuan bersama ahli-hli PENGILANG “Apa Khabar Ahli PENGILANG telah diadakan
pada 14 Disember 2023, pada jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan
PENGILANG, Suite 9.5, Aras 9, Menara MATRADE West Wing, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuala Lumpur dan secara online.
Program membincangkan topik mengenai isu-isu semasa industri dan cadangan untuk
mengatasinya. Di antara isu yang dibincangkan ialah kenaikan tarif elektrik, kenaikan gaji
minimum dan kepentingan networking di kalangan ahli-ahli
Program yang dipengerusikan oleh Datuk Azman bin Yusoff, Presiden PENGILANG ini dihadiri
oleh 30 ahli PENGILANG termasuk Ahli-Ahli Jawatankuasa.



