Program Pocket Talk@PENGILANG bersama Maybank Islamic mengenai Halal2u tela hdanjurkan
pada 12 September 2024, jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan
PENGILANG, Suite 9.5, Aras9, Menara MATRADE West Wing, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuala Lumpur.
Tujuan pocket talk ini dianjurkan adalah untuk berkongsi dengan ahli-ahli PENGILANG mengenai
solusi bersepadu yang ditawarkan oleh Halal2U Maybank Islamic.
Sebagai pemilik perniagaan, keutamaan syarikat adalah untuk meningkatkan bilangan pelanggan.
Potensi besar yang terbuka luas apabila dapat membawa masuk lebih ramai pelanggan dengan
memiliki pensijilan Halal. Memiliki pensijilan Halal bermakna syarikat mematuhi standard kualiti
dan tahap kebersihan tertinggi dalam operasi anda.
Kelebihan menyertai Halal2u, potensi kemajuan dalam perniagaan dengan rangkaian sokongan
daripada Maybank Islamic yang akan memudahkan pengembangan perniagaan anda seperti berikut:
1 Penyelesaian Perbankan Menyeluruh
2 Kepakaran Fasilitator Halal Yang Dipercayai
3 Mendigitalkan Pengurusan Dokumen Halal
4 Peluang Pengembangan Perniagaan
Perniagaan dalam industri berikut:
Makanan &Minuman, Fesyen Sopan, Kosmetik &Farmaseutikal, Pelancongan Halal, Media &
Rekreasi
Nota:
1. Industri Fesyen Sopan, Pelancongan Halal dan Media & Rekreasi hanya layak untuk
penyelesaian pembiayaan sahaja.
2. Kriteria kelayakan berbeza untuk Perkhidmatan Fasilitasi Halal, Pembiayaan Halal dan Sistem
Jaminan Halal.
Kelayakan
1. Perniagaan PKS yang diklasifikasikan sebagai “Mikro”, “Kecil” atau “Sederhana” seperti
ditakrifkan di bawah SME Corporation Malaysia, yang merupakan:
– Berdaftar dan milik warga Malaysia
– Beroperasi lebih daripada 1 tahun
2. Pelanggan sedia ada Maybank yang terlibat dalam industri Makanan & Minuman (F&B) atau
Kosmetik & Farmaseutikal tetapi belum disahkan Halal oleh JAKIM



