Buletin

Buletin

PPIPBM

Halaman Utama > Buletin PPIPBM

PENGILANG MEMBERS DAY: INVESTMENT TALK & SME FINANCING, DIHOSKAN OLEH STANDARD CHARTERED SAADIQ MALAYSIA PADA 13 NOVEMBER 2024

PENGILANG telah menganjurkan PENGILANG Members Day: Investment Talk & SME
Financing, yang dihoskan oleh Standard Chartered Saadiq Malaysia pada 13 november 2024
bertempat di Aras 25, Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kerjasama antara PENGILANG dan Standard Chartered Saadiq Malaysia telah terjalin sejak tahun
2022, bermula dengan program Trade Mission di Chennai pada tahun tersebut. Bantuan daripada
pegawai Standard Chartered India telah memudahkan perjalanan ahli-ahli persatuan dalam misi
tersebut. Sebagai bank antarabangsa pertama di Malaysia, Standard Chartered memiliki rangkaian
cawangan global yang luas, menjadikannya rakan strategik bagi PENGILANG, terutama untuk
ahli-ahli yang terlibat dalam eksport. Fasiliti yang ditawarkan termasuk kemudahan perdagangan,
jaminan bank LC, dan banyak lagi. Hubungan yang kukuh dengan pihak bank amat penting untuk
kejayaan usahawan.

Semasa program ini, ahli-ahli yang hadir telah diberi taklimat oleh pihak Saadiq Malaysia
mengenai pelbagai produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Para peserta juga berpeluang
bertukar pandangan bersama Mr. Bilal Parvaiz, CEO Standard Chartered Saadiq Malaysia. Program
ini merupakan yang pertama anjuran Biro Kewangan & Pelaburan Sesi 2024/2027 yang diketuai
oleh Encik Ahmad Shairany, Naib Presiden II.

PENGILANG berharap agar kerjasama berterusan dengan bank-bank terkemuka seperti Standard
Chartered dapat memberi lebih banyak peluang dan sokongan kepada ahli-ahli, terutama dalam
meningkatkan akses kepada pembiayaan dan sumber kewangan yang diperlukan untuk
berkembang. Program seperti ini bukan sahaja memberikan peluang untuk mempelajari produk
kewangan dan pelaburan yang relevan, tetapi juga membuka ruang untuk jaringan dan perkongsian
ilmu antara usahawan dan institusi kewangan.

Selain itu, PENGILANG juga berharap agar melalui inisiatif ini, ahli-ahli dapat memperluas
pemahaman mereka mengenai strategi kewangan yang berkesan, serta cara-cara untuk
menguruskan cabaran dalam perniagaan yang berkembang, terutamanya dalam menghadapi situasi
ekonomi yang tidak menentu. Dengan akses kepada kemudahan seperti kemudahan perdagangan
dan perkhidmatan perbankan yang disesuaikan dengan keperluan pasaran antarabangsa, ahli-ahli
dapat lebih mudah menjalin hubungan perniagaan global dan menembusi pasaran baru. Melalui
program-program seperti ini, PENGILANG percaya dapat mencipta ekosistem perniagaan yang
lebih dinamik, inovatif, dan berdaya saing dalam pasaran global.

Buletin Terkini

Hubungi Kami

HUBUNGI KAMI