Buletin

Buletin

PPIPBM

Halaman Utama > Buletin PPIPBM

MIHAS@DUBAI 2024 PADA 18 – 20 NOVEMBER 2024

Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) telah
menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 @Dubai yang berlangsung di
World Trade Centre Dubai bersempena dengan Middle East Organic & Naturalproduct Expo.
Pameran ini telah dirasmikan pada 18 November 2024 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 18 November hingga 20
November, adalah platform strategik bagi usahawan tempatan memperluaskan rangkaian
perniagaan dan mempromosikan produk halal Malaysia ke peringkat global.
PENGILANG menyertai pameran ini melalui penglibatan Koperasi Pengilang & Industri
Perkhidmatan Bumiputera Berhad dan syarikat Mentari Sales & Distribution Sdn Bhd, membawa
produk tempatan termasuk jagung, makanan tin dan minyak masak untuk dipromosikan kepada
pasaran antarabangsa.

Jangkaan jualan sebanyak RM120 juta daripada jualan syarikat Ahli-ahli PENGILANG termasuk
Mentari Sales & Distribution Sdn Bhd, Vias Food Sdn Bhd, Koperasi Pengilang & Industri
Perkhidmatan Bumiputra Malaysia, Nims Adeliciousz Sdn Bhd, Al Meswak Mu’min Sdn Bhd,
Muniff Hijjaz Sdn Bhd, Nature Profusion Sdn Bhd, Dr Aishah Solution Sdn Bhd, Deligateaux (M)
Sdn Bhd, Kampung Fresh Market Sdn Bhd, Ensu Lifesciences Sdn Bhd, Anramin Industry (M) Sdn
Bhd dan Empayar Teguh Sdn Bhd.

PENGILANG yakin penyertaan dalam MIHAS ini akan membuka peluang baharu bagi
memperkukuhkan kedudukan produk Bumiputera di pasaran global, khususnya di rantau Timur
Tengah.

Penyertaan PENGILANG dalam MIHAS@Dubai 2024 mencerminkan komitmen persatuan dalam
mendukung aspirasi kerajaan untuk memperkasakan industri halal Malaysia serta memperluaskan
peluang eksport produk halal.

Buletin Terkini

Hubungi Kami

HUBUNGI KAMI