Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-21 / 21st Malaysia International Halal Showcase
(MIHAS) 2024 telah diadakan pada 17-20 September 2024 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang,
bertempat di MITEC, Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia. (MATRADE). Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim,
Perdana Menteri Malaysia pada 17 September 2024, jam 9.00 pagi.
Bertemakan ‘Mengglobalisasikan Inovasi Halal,’ MIHAS 2024 menampilkan 14 kluster termasuk
makanan dan minuman, e-dagang, pendidikan, fesyen dan gaya hidup selain hospitaliti dan
pelancongan mesra Muslim.
PENGILANG telah ditawarkan 10 booth di dalam MIHAS ini. Senarai ahli yang telah menyertai
MIHAS 2024 melalui PENGILANG adalah seperti berikut:
1. Smart Herbs Manufacturing Sdn Bhd
2. Talasco Dagang Sdn. Bhd.
3. Faiza Marketing Sdn Bhd
4. Sweet Azza Sdn Bhd
5. Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
6. Softa Marketing Sdn Bhd
7. Adore Fragrance Sdn Bhd
8. Inflow Global Marketing (M) Sdn Bhd
9. EKS Bumi Sdn Bhd
10. Nims Adeliciousz Sdn Bhd
11. Agensi Pekerjaan Ukhwah Sdn Bhd
Berdasarkan laporan pihak MATRADE, MIHAS 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion,
peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023. Kami yakin penyertaan
ahli-ahli PENGILANG dalam MIHAS 2024 ini dapat meningkatkan jualan dan potensi jualan
mereka berdasarkan peluang perniagaan yang luas, rangkaian antarabangsa yang lebih kukuh, serta
pendedahan produk Halal Malaysia di pasaran global yang semakin berkembang. Selain itu, mereka
juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pembeli dan rakan niaga dari pelbagai
negara, memperkenalkan inovasi baru, serta memanfaatkan platform ini untuk mendapatkan
maklumat dan insentif yang relevan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Pameran ini turut
menyediakan peluang untuk memperkukuh hubungan perniagaan jangka panjang dan membuka
pasaran baru yang berpotensi tinggi.
Jumpa lagi @ MIHAS 2025…