Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-19 / 19th Malaysia International Halal Showcase
(MIHAS) 2024 telah diadakan pada 12 hingga 15 September 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00
petang, bertempat di MITEC, Kuala Lumpur dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan
dan Industri (MITI) dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE)
Pameran MIHAS 2023 merangkumi 13 segmen halal dan padanan perniagaan dalam MIHAS 2023
melibatkan syarikat dari pelbagai sektor, membuka akses pasaran untuk syarikat Malaysia kepada
rangkaian pasar raya terbesar dunia seperti Walmart, Marks & Spencer dan lain-lain. Selain itu, ia
juga memberikan peluang kepada syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran global di negaranegara seperti Romania, Poland dan Morocco.
Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri
Malaysia pada 12 September 2023, jam 10.00 pagi.
Penyertaan lapan (8) syarikat ahli PENGILANG dalam MIHAS 2023 adalah seperti berikut:
1. Nims Adeliciousz Sdn Bhd
2. Enzac Engineering Solution Sdn Bhd
3. Koperasi Pengilang Dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Berhad
4. Smart Herbs Manufacturing Sdn Bhd
5. Grain Valley Food Industries Sdn Bhd
6. Serai Malaya Sdn. Bhd.
7. Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd
8. Deligateaux (M) Sdn Bhd