Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) telah
melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 pada 26 Jun 2024 bertempat di World Trade
Centre (WTC) Kuala Lumpur. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat
Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Seramai 200
wakil syarikat ahli PENGILANG hadir menjalankan tanggungjawab tahunan.
Dalam ucapan pembukaan, Datuk Dr Azman bin Yusoff, Presiden PENGILANG mengangkat isuisu semasa yang dihadapi industri pengilangan, termasuk kesan penyasaran subsidi diesel yang
telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dan, seterusnya, harga barangan. Presiden berharap
kerajaan dapat mengadakan strategi yang komprehensif untuk hadapi cabaran ini, termasuklah
meningkatkan penglibatan lebih banyak industri dalam program subsidi bersasar.
Selain itu, beliau mengemukakan cadangan untuk meningkatkan kehadiran produk Bumiputera di
pasaran antarabangsa melalui misi perdagangan yang disokong oleh MITI, MATRADE, dan
KUSKOP. Kolaborasi ini diharapkan dapat memperkuat daya saing jenama Malaysia di peringkat
global.
Presiden juga mengucapkan terima kasih kepada KUSKOP, SME Corp, dan MATRADE atas
sokongan mereka kepada usahawan Bumiputera, termasuk inisiatif seperti Universiti
Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang memberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran keusahawanan.
Penutup ucapan beliau menyeru kepada kerjasama yang berterusan antara persatuan, kerajaan, dan
pihak-pihak berkepentingan lain untuk memastikan kejayaan dan kelestarian industri Bumiputera di
Malaysia. Beliau yakin bahawa dengan sokongan yang berterusan, industri ini mampu terus
berkembang dan memberi manfaat yang berkekalan kepada ekonomi negara.
Sempena dengan AGM ini juga, YB Menteri telah merasmikan Digital PENGILANG yang
menggariskan inisiatif dan outcome bersasar untuk ahli-ahli persatuan / koperasi yang terdiri
daripada pemilik perniagaan bumiputera melalui tiga fasa pelaksanaan. Semua manfaat tersebut
akan dilaksana melalui 5 teras utama, strategi dan inisiatif pelbagai pihak melalui Rangka Tindakan
Digital Pengilang yang dicadangkan oleh Armiena Group Sdn Bhd hasil rujukan kepada dan
inspirasi dari pelancaran polisi Digital Ekonomi.
Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2024/2027 telah diadakan dan keputusan adalah seperti berikut:
Presiden : YBhg Datuk Dr. Azman bin Yusoff – menang tanpa bertanding (kekal)
Timbalan Presiden : Tuan Haji Rosli bin Abd Shukor – menang tanpa bertanding (kekal)
Naib Presiden : menang tanpa bertanding
Encik Ahmad Shairany bin Zahar, Naib Presiden I (baru)
Puan Najwa binti Abu Bakar, Naib Presiden II (kekal)
Lapan (8) Ahli Jawatankuasa Agung Biasa
(1) Encik Rahman bin Baco
(2) Tuan Syed Khairul Afizi bin Syed Ahmad
(3) Ts Dr. Khairil Anwar bin Razali
(4) YBhg Dato’ Hj. Sahimi bin Hj. Sani
(5) YBhg Dato’ Mohd Faizal bin Daud
(6) Puan Suzanna binti Shahari
(7) Encik Muhammad Azhari bin Zid
(8) YBhg Dato’ Mohd Rozi bin Ibrahim
Pameran Mini di lobi dewan turut diadakan sepanjang AGM ini berlangsung.
Senarai 15 pempamer yang mengambil bahagian sempena AGM Ke-31 terdiri daripada ahli
PENGILANG dan agensi kerajaan, pihak bank dan swasta seperti berikut:
Ahli: MummyRQ Sdn Bhd, Jardin Pharma Sdn Bhd, Prolive Life Sdn Bhd, Vias Food Sdn Bhd,
NFA Technologies Sdn Bhd, Suci Harumatiques Sdn Bhd, Kumpulan Megaklinik Zahran.
Agensi/Bank/ Syarikat/Swasta: MATRADE, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SOLV Sdn
Bhd, Bank Islam Berhad, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan SME Corporation
Malaysia.
Media yang hadir mengadakan liputan daripada RTM, TV3, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian.
Syarikat penyumbang produk/goodies kepada semua hadir seperti berikut:
Faiza Marketing Sdn Bhd, Superbest Power Sdn Bhd, Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd, My-Sutera
Sdn Bhd, Minyak Herba Asmak Sdn Bhd, Vias Food Sdn Bhd, Jardin Pharma Sdn Bhd, SME
Business Centre Sdn Bhd dan Bank Islam Berhad