PENGILANG bersama ahli iaitu QES Management Consultants Sdn Bhd DAN Proliv Life Science
Sdn Bhd telah menyertai Malaysia Consumer Expo 2024 (MYCE 2024), bertemakan Barangan
dan Produk Budaya Muslim yang berlangsung dari 17 hingga 19 Disember 2024 bertempat di
Dewan 1, MITEC, Kuala Lumpur. MYCE 2024 dihoskan oleh Program EXPO Pengguna Majlis
Tindakan Pengguna Negara (MTPN), acara ini dianjurkan oleh The Malaysia Guangdong Import &
Export Chamber of Commerce (MGIECC) dan dianjur bersama oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDN KSH WPKL)
serta Guangdong Chamber of Commerce of Imports & Exporters (Malaysia Service Center). Tuan
Haji Rosli bin Abd Shukor, Timbalan Presiden mewakli Presiden hadir ke majlis perasmian yang
disempurkan oleh YAB Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam,
Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 17 Disember 2024.
MYCE 2024 bertujuan untuk menghubungkan perniagaan tempatan dan antarabangsa melalui
amalan terbaik budaya Muslim dengan mempamerkan produk-produk komprehensif yang
signifikan dari segi budaya sambil mempromosikan kesedaran dan pemberdayaan pengguna. Ekspo
ini menyediakan pelbagai sesi permadanan perniagaan dan program persidangan, yang
menghubungkan lebih dari 150 pemilik perniagaan tempatan dan China serta penyertaan aktif dari
badan kerajaan dan peniaga kecil dan serdehana lokal. Pameran ini menjadi platform unik untuk
perniagaan mempamerkan produk mereka, termasuk produk kecantikan, fesyen rumah, peralatan
haiwan peliharaan, peralatan sukan, Elektronik 3C dan peralatan rumah, mesin layan diri, Barangan
Pengguna Bergerak Pantas (FMCG).