MAKAN MALAM PERDANA 2015

MAKAN MALAM PERDANA 2015
KERAJAAN akan terus memberi fokus terhadap usaha membangunkan dan membantu usahawan Bumiputera di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan meneruskan dasar ‘carve out’ yang memberi sebahagian kontrak besar untuk usahawan Bumiputera.
“Sekarang, semua projek besar mesti ada dasar ‘carve out’. Sebagai contoh, dalam projek Mass Rapid Transit (MRT), kita telah laksanakan apabila 48 peratus daripada projek tersebut dikhaskan kepada syarikat Bumiputera.
“Bagaimanapun, untuk syarikat yang bukan Bumiputera pun boleh bersaing,” katanya pada Majlis Makan Malam Perdana 2015 anjuran Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) dan Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.