Buletin

Buletin

PPIPBM

Halaman Utama > Buletin PPIPBM

EKSPO MAKANAN DAN TEKNOLOGI / INTERNATIONAL FOOD & TECHNOLOGY EXPO 2023 (INFEXPO) 2023, PADA 10 HINGGA 13 OGOS 2023, AMMAN, JORDAN

PENGILANG bersama ahli-ahli telah menyertai Ekspo Makanan dan Teknologi 2023/ International
Food & Technology Expo (INFEXPO) 2023) yang berlangsung dari 10 hingga 13 Ogos. Acara
yang dianjurkan di Amman, ibu kota Jordan ini telah menyaksikan pencapaian luar biasa usahawan
Malaysia dalam sektor makanan dan teknologi.

Dalam pameran ini, PENGILANG telah berjaya menghasilkan potensi jualan yang mengagumkan,
melepasi angka RM 10 juta. Kehadiran sebelas (11) syarikat dari Malaysia membuktikan komitmen
mereka dalam mempromosikan produk makanan dan minuman terbaik negara di pasaran global.
Sambutan yang membanggakan terhadap barangan Malaysia, terutamanya produk kopi dan teh
campuran (premix coffe and tea), produk Ready-to Eat (RTE) meals seperti karashi bilis garlic, dan
gillies rending adalah satu petanda yang jelas mengenai kualiti dan daya saing produk-produk
Malaysia. Keunikan dan cita rasa yang tersendiri telah memikat hati para pengunjung, menarik
minat untuk meneroka lebih lanjut produk-produk tersebut.

Kerjasama erat antara di Kedutaan Malaysia di Jordan dan MATRADE telah memainkan perananpenting dalam memperkukuhkan pemasaran digital marketing kepada syarikat-syarikat pengimportdan pengedar di Jordan serta negara-negara di sekelilingnya. Langkah ini telah membuka lebihbanyak peluang dalam pengembangan jaringan perniagaan dan meningkatkan kesedaran mengenaiproduk Malaysia.

Pameran ini turut dikunjungi oleh pembeli-pembeli dari Iraq, Mesir, Arab Saudi, dan Syria yang
datang untuk menerokai peluang perniagaan yang ditawarkan. Keunikan produk Malaysia dan
reputasi yang baik telah menjadi pendorong utama untuk pengunjung-pengunjung datang dari
pelbagai negara.

Tidak terhenti di situ, TYT Duta Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman juga menyeru
supaya lebih ramai pengeksport dari Malaysia datang untuk meneroka peluang-peluang pasaran di
Jordan. Seruan ini menggariskan matlamat untuk memperkukuhkan lagi hubungan dagangan antara
Malaysia dan Jordan.

Puncak kejayaan INFTEXPO ini adalah majlis menandatangani lima Memorandum Persefahaman
(MoU) perdagangan antara syarikat ahli PENGILANG iaitu HA One Holdings dengan syarikatsyarikat dari Jordan, Iraq, Mesir dan Palestin. Majlis menandatangani MOU ini yang disaksikan
oleh Duta Besar Malaysia dan Presiden PENGILANG mencerminkan komitmen dan kesungguhan
untuk meningkatkan kerjasama perdagangan di peringkat antarabangsa.

Penyertaan Malaysia di pameran ini telah membuktikan daya saing dan inovasi usahawan
PENGILANG dalam pasaran global. Dengan keterlibatan 26 negara dan kejayaaan menandatangani
lima MoU perdagangan, PENGILANG telah berjaya mewujudkan suatu platform bagi
pertumbuhan dan penerokaan pasaran yang lebih luas.

 

PENGILANG turut mengadakan pertemuan bersama Jordan Chamber of Commerce dalam satu majlis ringkas pada 13 Ogos 2023. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuhkan lagi
hubungan dagangan dan meneroka peluang perniagaan dan aktiviti ekonomi melalui rangkaian
perniagaan dengan komuniti perniagaan tempatan.

PENGILANG bangga dengan pencapaian ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah
menyokong usaha kami terutamanya pihak Kerajaan Malaysia yang telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan sokongan dalam usaha ini. Kejayaan ini menjadi inspirasi bagi usahawan
Bumiputera Malaysia dan memberi keyakinan dalam meneroka pasaran antarabangsa.

 

 

Buletin Terkini

Hubungi Kami

HUBUNGI KAMI