8.1 Jawatankuasa Agung adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal Persatuan di bawah kuasa dan perintah Mesyuarat Agung.
8.2 Jawatankuasa Agung adalah terdiri daripada:
8.2.1 Presiden
8.2.2 Timbalan Presiden
8.2.3 Naib Presiden I
8.2.4 Naib Presiden II
8.2.5 Naib Presiden III yang dilantik oleh Presiden di kalangan ahli
8.2.6 Setiausaha Agung yang dilantik oleh Presiden di kalangan ahli
8.2.7 Penolong Setiausaha Agung yang dilantik oleh Presiden di kalangan ahli
8.2.8 Bendahari Kehormat yang dilantik oleh Presiden di kalangan ahli
8.2.9 Lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa Agung Biasa yang dipilih di Mesyuarat Agung
8.2.10 Dua (2) orang Ahli Jawatankuasa Agung Biasa yang dilantik oleh Presiden
8.3 Semua ahli dalam Jawatankuasa Agung ini juga dikenali sebagai Pegawai PPIPBM dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas pentadbiran di dalam PPIPBM hendaklah warganegara Malaysia.
8.4 Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden I, Naib Presiden II dan lapan (8) Ahli Jawatankuasa Agung Biasa di bawah Fasal 8.2.8 hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung untuk memegang jawatan selama tiga (3) tahun. Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadang dan disokong oleh dua (2) orang ahli biasa di dalam Mesyuarat Agung. Calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden I dan Naib Presiden II hendaklah di kalangan Ahli Biasa yang telah memegang Jawatankuasa Agung sekurang-kurangnya satu penggal. Pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung.
8.5 Presiden hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Jawatankuasa Agung sebelum membuat pelantikan di bawah Fasal 8.2.5, 8.2.6, 8.2.7 dan 8.2.9. Tempoh pelantikan mereka bersesuaian dengan Fasal 8.4.
8.6 Seseorang Ahli Jawatankuasa Agung dianggap mengosongkan jawatannya sekiranya:
8.6.1 Didapati gila atau fikirannya tidak siuman atau pun lain-lain sebab yang ia tidak boleh menjalankan tugas-tugas.
8.6.2 Menjadi muflis (bankrap) yang belum dimansuhkan atau dilepaskan.
8.6.3 Berhenti daripada menjadi ahli Persatuan atau ahli di dalam mana-mana badan atau syarikat yang menjadi ahli Persatuan.
8.6.4 Tidak menghadirkan diri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Agung tiga (3) kali berturut-turut tanpa memberi alasan yang munasabah.
8.6.5 Meletakkan jawatan secara notis dengan bertulis kepada Presiden Persatuan dan peletakan jawatan itu diterima oleh Jawatankuasa Agung.
8.6.6 Dilucutkan jawatan oleh resolusi Mesyuarat Agung