Skip to content
  • Hubungi Kami
  • Organisasi
    • Visi Misi
    • Inisiatif Baharu
    • Senarai Biro
    • Perlembagaan
  • Buletin
Daftar Ahli

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENGILANG & INDUSTRI PERKHIDMATAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PPIPBM) (PPM-007-14-27061987)

19
  • FASAL 1 NAMA
  • FASAL 2 TEMPAT URUSAN
  • FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
  • FASAL 4 KEAHLIAN
  • FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
  • FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
  • FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
  • FASAL 8 JAWATANKUASA
  • FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
  • FASAL 10 KEWANGAN
  • FASAL 11 JURUAUDIT
  • FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
  • FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
  • FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
  • FASAL 15 LARANGAN
  • FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
  • FASAL 17 PEMBUBARAN
  • FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
  • FASAL 19 DEFINASI
View Categories

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

7.1 Mesyuarat Agung Tahunan mestilah dijalankan pada ataupun sebelum 30hb. Jun tiap-tiap tahun. Notis mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu. Agenda dan Laporan Tahunan termasuk salinan Penyata Kira-Kira bagi tahun lalu yang telah diaudit akan diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada tarikh mesyuarat melalui pos atau email di alamat terakhir yang didaftarkan.

7.2 Jawatankuasa Agung atau Presiden boleh apakala mereka fikirkan perlu atau di atas permintaan bertulis dari tidak kurang daripada satu pertiga (1/3) ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan sebab-sebabnya memanggil Mesyuarat Agung Tergempar dengan notis mesyuarat kepada semua ahli empat belas (14) hari terlebih dahulu. Mesyuarat Agung Tergempar mestilah dipanggil dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah menerima permintaan bertulis daripada ahli-ahli tersebut.

7.3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan mestilah mengandungi:

7.3.1 Ucapan Pengerusi

7.3.2 Membentang Minit Mesyuarat Agung yang lalu.

7.3.3 Membentang Laporan Tahunan Program / Aktiviti yang lalu.

7.3.4 Membentangkan Penyata Kira-Kira/Kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.

7.3.5 Memilih Jawatankuasa Agung PPIPBM dan Juruaudit untuk tiga (3) tahun yang akan datang.

7.3.6 Membentang Usul yang telah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (sekiranya ada).

7.3.7 Membentangkan Pindaan Perlembagaan (sekiranya ada).

7.3.8 Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

7.4 Mesyuarat Agung PPIPBM tidak boleh berjalan melainkan adanya korum. Ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung PPIPBM mestilah mengandungi tidak kurang daripada satu perdua (1/2) dari Ahli-ahli Biasa atau dua (2) kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa Agung (ikut mana yang kurang).

7.5 Sekiranya dalam masa tiga puluh (30) minit dari masa yang telah ditetapkan untuk memulakan Mesyuarat Agung korum tidak ada, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada hari dan tempat yang ditetapkan oleh ahli-ahli yang hadir.

7.6 Sekiranya korum masih tidak mencukupi dalam masa tiga puluh (30) minit pada tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli yang hadir berkuasalah menjalankan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda perlembagaan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

7.7 Pengerusi mesyuarat boleh dengan kebenaran mesyuarat menangguhkan mesyuarat itu dari semasa ke semasa dan dari satu tempat ke satu tempat tetapi perkara-perkara yang boleh dikerjakan di mesyuarat yang ditangguhkan itu adalah perkara-perkara yang tidak habis dikerjakan di mesyuarat di mana penangguhan itu dibuat sahaja.

7.8 Di dalam tiap-tiap Mesyuarat Agung kecuali peruntukan-peruntukan berlainan, semua perkara mestilah ditetapkan dengan undi sulit ataupun dengan cara-cara undi lain yang ditetapkan oleh mesyuarat tersebut.

7.9 Sekiranya terdapat persamaan undi dalam sesuatu mesyuarat maka Pengerusi mesyuarat berhak memberi undi pemutus selain daripada undinya sebagai seorang pengundi.

Kongsi artikel ini :
  • X
  • LinkedIn
  • Pinterest

Platform Usahawan Bertaraf global. Ditubuhkan semenjak 1987

Pautan
  • Mengenai Kami
  • Keahlian
  • Buletin
  • Hubungi Kami
Organisasi
  • Visi & Misi
  • Perlembagaan
  • Senarai BIRO
  • Inisiatif Baru
Hubungi Kami
  • Suite 9-5 & 9-6, Aras 9,
    Menara MATRADE West Wing,
    Jalan Sultan Hasji Ahmad Shah,
    50480 Kuala Lumpur
  • +603-6203 2727
  • +6011-2312 3750
  • secretariat.ppipbm@gmail.com

Media Sosial

Facebook Instagram Tiktok

©Copyright 2025. All Rights Reserved. Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia