5.1 Tiap-tiap ahli yang ingin berhenti daripada menjadi ahli mestilah memberi notis tiga (30) hari secara bertulis kepada Setiausaha Agung.
5.2 Tiap-tiap ahli yang memohon berhenti atau keahliannya diberhentikan tidaklah berhak mendapat apa-apa kepentingan di dalam tabung ataupun harta-harta PPIPBM
5.3 Seseorang ahli itu akan gugur keahliannya sekiranya:-
5.3.1 Ia menjadi bankrap.
5.3.2 Sebuah firma perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan-Perniagaan 1956 (Registration of Business Act 1956), satu perintah penerimaan (receivers order) dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa terhadap ahli perniagaan atau perkongsian tersebut.
5.3.3 Sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Companies Act 1965); satu resolusi telah diluluskan ataupun suatu perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah yang berkuasa bagi penggulungan syarikat tersebut.
5.3.4 Tidak membayar yuran keahlian selama tiga (3) tahun berturut-turut.
5.3.5 Mereka yang didapati mencemar atau menfitnah nama baik PPIPBM.
5.4. Keputusan Jawatankuasa Agung PPIPBM samada seseorang ahli itu termasuk di dalam Fasal 5.3.1 hingga
5.5. Mana-mana ahli yang telah gugur keahliannya adalah dilarang sama sekali untuk mengunakan nama, lambang, premis, alamat, nombor telefon atau no faks premis PPIPBM. Bekas ahli juga dilarang untuk membuat apa jua kaitan secara langsung atau tidak langsung kepada PPIPBM. 5.3.5 adalah muktamad dan mengikat ahli berkenaan.
5.6. Satu Jawatankuasa Ad Hoc yang dipengerusikan oleh Presiden boleh ditubuhkan sekiranya terdapat mana-mana bekas ahli yang melanggar peruntukan Fasal 5.5 untuk memutuskan tindakan yang perlu diambil terhadap pelanggaran di atas.
5.7. Ahli yang telah memohon berhenti atas apa jua sebab hanya dibenarkan sebelum memohon menjadi ahli semula selepas tiga (3) bulan dan menyelesaikan yuran tertunggak sekiranya ada.