Skip to content
  • Hubungi Kami
  • Organisasi
    • Visi Misi
    • Inisiatif Baharu
    • Senarai Biro
    • Perlembagaan
  • Buletin
Daftar Ahli

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENGILANG & INDUSTRI PERKHIDMATAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PPIPBM) (PPM-007-14-27061987)

19
  • FASAL 1 NAMA
  • FASAL 2 TEMPAT URUSAN
  • FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
  • FASAL 4 KEAHLIAN
  • FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
  • FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
  • FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
  • FASAL 8 JAWATANKUASA
  • FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
  • FASAL 10 KEWANGAN
  • FASAL 11 JURUAUDIT
  • FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
  • FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
  • FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
  • FASAL 15 LARANGAN
  • FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
  • FASAL 17 PEMBUBARAN
  • FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
  • FASAL 19 DEFINASI
View Categories

FASAL 4 KEAHLIAN

4.1 Ahli-ahli PPIPBM terdiri dari Ahli Biasa, Ahli Profesional, Ahli Koperasi, Ahli Bersekutu, Ahli Bergabung, Ahli Kehormat.

4.2 Ahli Biasa ialah:

4.2.1 Firma-firma dan syarikat-syarikat Bumiputera yang menjalankan aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan sebagai tuanpunya tunggal, atau tuan punya perkongsian yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Registration of Business Act 1956) di Semenanjung Tanah Melayu atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak dengan syarat bahawa kesemua ahli-ahli kongsi terdiri dari Bumiputera. Seorang wakil akan dihantar untuk menghadiri mesyuarat agung dan berhak mengundi.

4.2.2 Syarikat-syarikat pengilangan dan industri perkhidmatan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 di Malaysia yang mana ekuiti sepenuhnya dimiliki oleh Bumiputera. Seorang wakil akan dihantar untuk menghadiri mesyuarat agung dan berhak mengundi.

4.2.3 Ahli Pengasas iaitu ahli-ahli yang mengasaskan PPIPBM ini seperti yang dilampirkan dalan Jadual 02 dan berhak mengundi.

4.2.5 Bumiputera yang menjalankan perniagaan pengilangan dan industri perkhidmatan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia.

4.3 Ahli Profesional ialah:

4.3.1 Mereka berdaftar dengan badan-badan profesional.

4.3.2 Pengarah Bumiputera dan/atau Bumiputera yang menjadi Ketua Eksekutif atau jawatan yang bersamaan dengannya bagi mana-mana syarikat yang diperbadankan di dalam dan di luar Malaysia.

4.4 Ahli Koperasi ialah:

4.4.1 Koperasi yang didaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang fokus aktiviti perniagaannya dalam industri pengilangan dan industri perkhidmatan yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Bumiputera.

4.5 Ahli Bersekutu ialah:

4.5.1 Firma-firma dan syarikat-syarikat Bumiputera yang bukan menjalankan aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan.

4.5.2 Firma-firma dan syarikat-syarikat yang mempunyai ekuiti Bumiputera tidak kurang daripada lima puluh satu peratus (51%).

4.5.3 Syarikat-syarikat dan perbadanan-perbadanan yang ditubuhkan di bawah mana-mana Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Negeri dan Anak-anak Syarikat kepada perbadanan–perbadanan tersebut.

4.5.4 Ahli-ahli akademik, pakar dalam bidang ‘penyelidikan dan pembangunan’ dan lain-lain Bumiputera perseorangan yang mempunyai minat selaras dengan objektif PPIPBM.

4.5.5 Permohonan menjadi Ahli Bersekutu diterima kerana ia suka hendak bekerjasama dengan PPIPBM ini dengan tidak berhak mengundi atau memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Agung tetapi boleh dilantik untuk menduduki mana-mana Jawatankuasa Kecil PPIPBM dan boleh hadir di Mesyuarat Agung dan boleh mengeluarkan fikiran-fikiran, syor-syor atau cadangan-cadangan di dalam mesyuarat ini.

4.6 Ahli Bergabung ialah:

Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan perniagaan/ekonomi yang ahlinya seratus peratus (100%) Bumiputera, di peringkat kebangsaan atau peringkat negeri.

4.7 Ahli Kehormat ialah:

Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat PPIPBM oleh Jawatankuasa Agung.

4.8 Permohonan menjadi ahli (Fasal 4.2, 4.3, 4.4, 4.5 dan 4.6) hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan menjadi ahli yang disediakan oleh Persatuan. Penerimaan sesuatu permohonan itu sebagai Ahli akan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Agung.

4.9 Ahli Biasa melalui wakil yang dilantik hanya berhak mengundi atau menjadi calon bagi sesuatu pelantikan sekiranya ianya telah menjadi Ahli Biasa Persatuan pada atau sebelum 31hb. Disember dalam tahun sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan itu dengan syarat ahli itu hendaklah juga telah menjelaskan segala yuran tahunan yang tertunggak pada atau sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan berkenaan.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMATFASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
Kongsi artikel ini :
  • X
  • LinkedIn
  • Pinterest

Platform Usahawan Bertaraf global. Ditubuhkan semenjak 1987

Pautan
  • Mengenai Kami
  • Keahlian
  • Buletin
  • Hubungi Kami
Organisasi
  • Visi & Misi
  • Perlembagaan
  • Senarai BIRO
  • Inisiatif Baru
Hubungi Kami
  • Suite 9-5 & 9-6, Aras 9,
    Menara MATRADE West Wing,
    Jalan Sultan Hasji Ahmad Shah,
    50480 Kuala Lumpur
  • +603-6203 2727
  • +6011-2312 3750
  • secretariat.ppipbm@gmail.com

Media Sosial

Facebook Instagram Tiktok

©Copyright 2025. All Rights Reserved. Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia