Skip to content
  • Hubungi Kami
  • Organisasi
    • Visi Misi
    • Inisiatif Baharu
    • Senarai Biro
    • Perlembagaan
  • Buletin
Daftar Ahli

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENGILANG & INDUSTRI PERKHIDMATAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PPIPBM) (PPM-007-14-27061987)

19
  • FASAL 1 NAMA
  • FASAL 2 TEMPAT URUSAN
  • FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
  • FASAL 4 KEAHLIAN
  • FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
  • FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
  • FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
  • FASAL 8 JAWATANKUASA
  • FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
  • FASAL 10 KEWANGAN
  • FASAL 11 JURUAUDIT
  • FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
  • FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
  • FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
  • FASAL 15 LARANGAN
  • FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
  • FASAL 17 PEMBUBARAN
  • FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
  • FASAL 19 DEFINASI
View Categories

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

Objektif penubuhan PPIPBM ini adalah seperti berikut:-

3.1 Menubuhkan dan mewujudkan Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah untuk kepentingan atau faedah pengilang-pengilang dan usahawan industri perkhidmatan dalam menjayakan aktiviti perniagaan mereka dengan cemerlang.

3.2 Menyatukan pengilang-pengilang dan usahawan industri perkhidmatan Bumiputera supaya tindakan dan usaha-usaha mereka dapat dipertingkatkan.

3.3 Mencari peluang dan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan.

3.4 Menggalakkan, memajukan dan memelihara kepentingan dan hak pengilang-pengilang dan usahawan industri perkhidmatan Bumiputera dan memberi bantuan yang sesuai bagi kemajuan dan kebajikan pengilang-pengilang dan usahawan industri perkhidmatan Bumiputera.

3.5 Menyediakan dan memberi kemudahan bagi hubungan komunikasi dan pertukaran pendapat antara pengilang & usahawan industri perkhidmatan Bumiputera dengan kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerajaan tempatan, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan awam, pihak swasta, institusi-institusi dan persatuan-persatuan yang berkenaan di dalam dan di luar negeri.

3.6 Memperjuangkan kepentingan ahli-ahli dari segi undang-undang atau langkah langkah yang berkaitan dengan aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan.

3.7 Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kesemua ahli-ahli dan dengan persetujuan bertulis daripada kedua pihak yang berkenaan menyelesaikan selisih faham yang timbul di antara ahli-ahli.

3.8 Menerbitkan majalah-majalah atau risalah-risalah yang berkaitan dengan aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan, setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.

3.9 Membantu atau mewakili ahli-ahli di dalam perbincangan berkenaan aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan samada di dalam atau di luar negeri.

3.10 Menubuhkan atau membantu pertubuhan-pertubuhan, perbadanan perbadanan, persatuan-persatuan, tabung-tabung biasiswa amanah atau tabung-tabung lain untuk kebajikan.

3.11 Mengadakan komunikasi dan bekerjasama dengan badan-badan atau persatuan-persatuan yang lain yang boleh membantu dalam mencapai tujuan dan matlamat PPIPBM ini.

3.12 Memperolehi segala harta benda secara beli, pajak dan apa cara juga yang dibenarkan oleh undang-undang dan menjual, memperbaiki, mengurus, memaju, memajak, menyewa atau melakukan sesuatu secara apa pun selagi dibenarkan oleh undang-undang, segala harta benda PPIPBM termasuk yang sedia ada atau yang akan diperolehi dari masa ke semasa.

3.13 Membina di atas tanah kepunyaan PPIPBM bangunan atau bangunan-bangunan untuk kegunaan PPIPBM.

3.14 Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan PPIPBM atas syarat-syarat yang dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Agung.

3.15 Menubuhkan suatu yayasan pengurusan untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan pengurusan bagi Bumiputera dalam aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan.

3.16 Melaksanakan sebarang program/aktiviti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Agung atau Jawatankuasa Eksekutif yang bersesuaian dengan matlamat penubuhan PPIPBM.

Kongsi artikel ini :
  • X
  • LinkedIn
  • Pinterest

Platform Usahawan Bertaraf global. Ditubuhkan semenjak 1987

Pautan
  • Mengenai Kami
  • Keahlian
  • Buletin
  • Hubungi Kami
Organisasi
  • Visi & Misi
  • Perlembagaan
  • Senarai BIRO
  • Inisiatif Baru
Hubungi Kami
  • Suite 9-5 & 9-6, Aras 9,
    Menara MATRADE West Wing,
    Jalan Sultan Hasji Ahmad Shah,
    50480 Kuala Lumpur
  • +603-6203 2727
  • +6011-2312 3750
  • secretariat.ppipbm@gmail.com

Media Sosial

Facebook Instagram Tiktok

©Copyright 2025. All Rights Reserved. Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia

imunify-bot-check