Skip to content
  • Hubungi Kami
  • Organisasi
    • Visi Misi
    • Inisiatif Baharu
    • Senarai Biro
    • Perlembagaan
  • Buletin
Daftar Ahli

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENGILANG & INDUSTRI PERKHIDMATAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PPIPBM) (PPM-007-14-27061987)

19
  • FASAL 1 NAMA
  • FASAL 2 TEMPAT URUSAN
  • FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
  • FASAL 4 KEAHLIAN
  • FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
  • FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
  • FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
  • FASAL 8 JAWATANKUASA
  • FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
  • FASAL 10 KEWANGAN
  • FASAL 11 JURUAUDIT
  • FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
  • FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
  • FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG
  • FASAL 15 LARANGAN
  • FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
  • FASAL 17 PEMBUBARAN
  • FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
  • FASAL 19 DEFINASI
View Categories

FASAL 19 DEFINASI

Di dalam Fasal ini melainkan sekiranya berlainan daripada konteks :

19.1 “Ahli” bermakna ahli Persatuan.

19.2 “Melayu” bermakna seseorang yang ditakrifkan sebagai orang Melayu di bawah Perlembagaan Malaysia.

19.3 “Bumiputera” bermakna seseorang yang ditakrifkan sebagai orang Bumiputera di bawah Perlembagaan Malaysia.

19.4 “Firma dan Syarikat Bumiputera” bermakna firma-firma dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh 100% oleh Bumiputera.

19.5 “Persatuan” bermakna PERSATUAN PENGILANG & INDUSTRI PERKHIDMATAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PPIPBM).

19.6 “Pemegang Amanah” bermakna Pemegang Amanah Persatuan.

19.7 “Jawatankuasa Agung” bermakna badan Pentadbir Persatuan yang tertinggi yang diundi dan dilantik di bawah Fasal 8 Perlembagaan ini.

19.8 “Setiausaha Agung” bermakna Setiausaha Agung Persatuan di lantik di bawah Fasal 8 Perlembagaan ini.

19.9 Perkataan yang mengandungi bilangan banyak termasuk juga bilangan satu dan sebaliknya dan perkataan-perkataan mengandungi jenis lelaki termasuk jenis perempuan dan kedua-duanya sekali.

19.10 “Penaung” bermakna penaung persatuan diundang oleh Jawatankuasa Agung untuk memegang jawatan tersebut.

19.11 “Ahli Pengasas” bermakna ahli-ahli yang mengasaskan Persatuan ini.

19.12 “Pengilang” bermakna seseorang yang terlibat dalam sebarang aktiviti pengilangan.

19.13 “Aktiviti Pengilangan” bermakna membuat, meminda, mengubahsuai, menghias, menyiapkan atau sebaliknya membentuk atau menyesuaikan sebarang barangan hasil dengan tujuan untuk digunakan, dijual, diangkut, dihantar atau diberikan dan termasuk dalam pemasangan siap atau pembaikan sebarang peralatan.

19.14 “Barangan Hasil” bermakna sebarang hasil, benda, alat atau khidmat yang dikeluarkan yang berpunya dari sebarang aktiviti pengilangan dan termasuk pelbagai jenis barangan yang dihasilkan.

19.15 “Jawatankuasa Eksekutif” bermakna badan pengurusan Persatuan yang memastikan dasar-dasar dan rancangan-rancangan Persatuan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Agung dilaksanakan.

FASAL 2 TEMPAT URUSAN
Kongsi artikel ini :
  • X
  • LinkedIn
  • Pinterest

Platform Usahawan Bertaraf global. Ditubuhkan semenjak 1987

Pautan
  • Mengenai Kami
  • Keahlian
  • Buletin
  • Hubungi Kami
Organisasi
  • Visi & Misi
  • Perlembagaan
  • Senarai BIRO
  • Inisiatif Baru
Hubungi Kami
  • Suite 9-5 & 9-6, Aras 9,
    Menara MATRADE West Wing,
    Jalan Sultan Hasji Ahmad Shah,
    50480 Kuala Lumpur
  • +603-6203 2727
  • +6011-2312 3750
  • secretariat.ppipbm@gmail.com

Media Sosial

Facebook Instagram Tiktok

©Copyright 2025. All Rights Reserved. Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia