17.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan melainkan dengan resolusi yang diterima daripada tidak kurang dari tiga perlima (3/5) dari semua wakil-wakil Ahli Biasa di Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat luar biasa yang khas diadakan untuk tujuan itu.
17.2 Sekiranya selepas pembubaran ada lagi harta-harta, maka harta-harta yang ada tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli tetapi mestilah diberikan atau dipindahkan kepada yayasan-yayasan lain yang mempunyai tujuan yang sama atau seperti yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli pada ataupun sebelum tarikh pembubaran itu.
17.2 Notis tentang pembubaran mestilah dimajukan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu kepada pendaftar pertubuhan.