16.1 Perlembagaan ini atau sebahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) Ahli Biasa yang hadir di dalam Mesyuarat Agung dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu untuk kebenarannya.
16.2 Segala pindaan itu tidak boleh dikuatkuasakan sebelum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.