15.1 Ahli-ahli Persatuan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan mahkamah mengenai apa-apa perkara juapun yang berbangkit atau berkaitan dengan pertelingkahannya dengan Persatuan atau mana-mana ahli lain tanpa terlebih dahulu mengemukakan pertelingkahan itu kepada Presiden untuk penyelesaian.
15.2 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan di Fasal 15.1 itu boleh dipecat daripada menjadi ahli.
15.3 Bagi menjalankan tugasnya di bawah Fasal 15.1 dan 15.2 itu, Presiden bolehlah memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Agung dan mesyuarat tersebut bolehlah pula melantik suatu Jawatankuasa Penyiasat untuk membantu Jawatankuasa itu.