11.1 Satu (1) orang Juruaudit hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan tiga (3) tahun sekali. Beliau mestilah memeriksa kira-kira dan penyata kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat pengesahan kepada Mesyuarat Agung.
11.2 Presiden boleh memanggil Juruaudit untuk memeriksa kira-kira Persatuan bila-bila masa yang difikirkan perlu.
11.3 Mesyuarat Agung boleh melantik Juruaudit yang bertauliah untuk memeriksa kira-kira Persatuan dan Juruaudit tersebut akan berkhidmat sehingga Mesyuarat
Agung yang akan datang.
11.4 Penyata kira-kira yang telah diperiksa hendaklah diedarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Agung yang berkenaan sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.