MALAYSIA CONSUMER EXPO (MYCE) 2024 PADA 17 HINGGA 19 DISEMBER 2024

PENGILANG bersama ahli iaitu QES Management Consultants Sdn Bhd DAN Proliv Life Science Sdn Bhd telah menyertai Malaysia Consumer Expo 2024 (MYCE 2024), bertemakan Barangan dan Produk Budaya Muslim yang berlangsung dari 17 hingga 19 Disember 2024 bertempat di Dewan 1, MITEC, Kuala Lumpur. MYCE 2024 dihoskan oleh Program EXPO Pengguna Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), acara ini dianjurkan oleh The Malaysia Guangdong Import & Export Chamber of Commerce (MGIECC) dan dianjur bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDN KSH WPKL) serta Guangdong Chamber of Commerce of Imports & Exporters (Malaysia Service Center). Tuan Haji Rosli bin Abd Shukor, Timbalan Presiden mewakli Presiden hadir ke majlis perasmian yang disempurkan oleh YAB Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 17 Disember 2024. MYCE 2024 bertujuan untuk menghubungkan perniagaan tempatan dan antarabangsa melalui amalan terbaik budaya Muslim dengan mempamerkan produk-produk komprehensif yang signifikan dari segi budaya sambil mempromosikan kesedaran dan pemberdayaan pengguna. Ekspo ini menyediakan pelbagai sesi permadanan perniagaan dan program persidangan, yang menghubungkan lebih dari 150 pemilik perniagaan tempatan dan China serta penyertaan aktif dari badan kerajaan dan peniaga kecil dan serdehana lokal. Pameran ini menjadi platform unik untuk perniagaan mempamerkan produk mereka, termasuk produk kecantikan, fesyen rumah, peralatan haiwan peliharaan, peralatan sukan, Elektronik 3C dan peralatan rumah, mesin layan diri, Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG).
PENGILANG MEMBERS DAY: INVESTMENT TALK & SME FINANCING, DIHOSKAN OLEH STANDARD CHARTERED SAADIQ MALAYSIA PADA 13 NOVEMBER 2024

PENGILANG telah menganjurkan PENGILANG Members Day: Investment Talk & SME Financing, yang dihoskan oleh Standard Chartered Saadiq Malaysia pada 13 november 2024 bertempat di Aras 25, Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kerjasama antara PENGILANG dan Standard Chartered Saadiq Malaysia telah terjalin sejak tahun 2022, bermula dengan program Trade Mission di Chennai pada tahun tersebut. Bantuan daripada pegawai Standard Chartered India telah memudahkan perjalanan ahli-ahli persatuan dalam misi tersebut. Sebagai bank antarabangsa pertama di Malaysia, Standard Chartered memiliki rangkaian cawangan global yang luas, menjadikannya rakan strategik bagi PENGILANG, terutama untuk ahli-ahli yang terlibat dalam eksport. Fasiliti yang ditawarkan termasuk kemudahan perdagangan, jaminan bank LC, dan banyak lagi. Hubungan yang kukuh dengan pihak bank amat penting untuk kejayaan usahawan. Semasa program ini, ahli-ahli yang hadir telah diberi taklimat oleh pihak Saadiq Malaysia mengenai pelbagai produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Para peserta juga berpeluang bertukar pandangan bersama Mr. Bilal Parvaiz, CEO Standard Chartered Saadiq Malaysia. Program ini merupakan yang pertama anjuran Biro Kewangan & Pelaburan Sesi 2024/2027 yang diketuai oleh Encik Ahmad Shairany, Naib Presiden II. PENGILANG berharap agar kerjasama berterusan dengan bank-bank terkemuka seperti Standard Chartered dapat memberi lebih banyak peluang dan sokongan kepada ahli-ahli, terutama dalam meningkatkan akses kepada pembiayaan dan sumber kewangan yang diperlukan untuk berkembang. Program seperti ini bukan sahaja memberikan peluang untuk mempelajari produk kewangan dan pelaburan yang relevan, tetapi juga membuka ruang untuk jaringan dan perkongsian ilmu antara usahawan dan institusi kewangan. Selain itu, PENGILANG juga berharap agar melalui inisiatif ini, ahli-ahli dapat memperluas pemahaman mereka mengenai strategi kewangan yang berkesan, serta cara-cara untuk menguruskan cabaran dalam perniagaan yang berkembang, terutamanya dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu. Dengan akses kepada kemudahan seperti kemudahan perdagangan dan perkhidmatan perbankan yang disesuaikan dengan keperluan pasaran antarabangsa, ahli-ahli dapat lebih mudah menjalin hubungan perniagaan global dan menembusi pasaran baru. Melalui program-program seperti ini, PENGILANG percaya dapat mencipta ekosistem perniagaan yang lebih dinamik, inovatif, dan berdaya saing dalam pasaran global.
MIHAS 2024 PADA 17 – 20 SEPTEMBER 2024

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-21 / 21st Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2024 telah diadakan pada 17-20 September 2024 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di MITEC, Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. (MATRADE). Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 17 September 2024, jam 9.00 pagi. Bertemakan ‘Mengglobalisasikan Inovasi Halal,’ MIHAS 2024 menampilkan 14 kluster termasuk makanan dan minuman, e-dagang, pendidikan, fesyen dan gaya hidup selain hospitaliti dan pelancongan mesra Muslim. PENGILANG telah ditawarkan 10 booth di dalam MIHAS ini. Senarai ahli yang telah menyertai MIHAS 2024 melalui PENGILANG adalah seperti berikut: 1. Smart Herbs Manufacturing Sdn Bhd 2. Talasco Dagang Sdn. Bhd. 3. Faiza Marketing Sdn Bhd 4. Sweet Azza Sdn Bhd 5. Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd 6. Softa Marketing Sdn Bhd 7. Adore Fragrance Sdn Bhd 8. Inflow Global Marketing (M) Sdn Bhd 9. EKS Bumi Sdn Bhd 10. Nims Adeliciousz Sdn Bhd 11. Agensi Pekerjaan Ukhwah Sdn Bhd Berdasarkan laporan pihak MATRADE, MIHAS 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023. Kami yakin penyertaan ahli-ahli PENGILANG dalam MIHAS 2024 ini dapat meningkatkan jualan dan potensi jualan mereka berdasarkan peluang perniagaan yang luas, rangkaian antarabangsa yang lebih kukuh, serta pendedahan produk Halal Malaysia di pasaran global yang semakin berkembang. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pembeli dan rakan niaga dari pelbagai negara, memperkenalkan inovasi baru, serta memanfaatkan platform ini untuk mendapatkan maklumat dan insentif yang relevan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Pameran ini turut menyediakan peluang untuk memperkukuh hubungan perniagaan jangka panjang dan membuka pasaran baru yang berpotensi tinggi. Jumpa lagi @ MIHAS 2025…
POCKET TALK @ PENGILANG BERSAMA MAYBANK ISLAMIC: HALAL2U PADA 12 SEPTEMBER 2024

Program Pocket Talk@PENGILANG bersama Maybank Islamic mengenai Halal2u tela hdanjurkan pada 12 September 2024, jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan PENGILANG, Suite 9.5, Aras9, Menara MATRADE West Wing, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur. Tujuan pocket talk ini dianjurkan adalah untuk berkongsi dengan ahli-ahli PENGILANG mengenai solusi bersepadu yang ditawarkan oleh Halal2U Maybank Islamic. Sebagai pemilik perniagaan, keutamaan syarikat adalah untuk meningkatkan bilangan pelanggan. Potensi besar yang terbuka luas apabila dapat membawa masuk lebih ramai pelanggan dengan memiliki pensijilan Halal. Memiliki pensijilan Halal bermakna syarikat mematuhi standard kualiti dan tahap kebersihan tertinggi dalam operasi anda. Kelebihan menyertai Halal2u, potensi kemajuan dalam perniagaan dengan rangkaian sokongan daripada Maybank Islamic yang akan memudahkan pengembangan perniagaan anda seperti berikut: 1 Penyelesaian Perbankan Menyeluruh 2 Kepakaran Fasilitator Halal Yang Dipercayai 3 Mendigitalkan Pengurusan Dokumen Halal 4 Peluang Pengembangan Perniagaan Perniagaan dalam industri berikut: Makanan &Minuman, Fesyen Sopan, Kosmetik &Farmaseutikal, Pelancongan Halal, Media & Rekreasi Nota: 1. Industri Fesyen Sopan, Pelancongan Halal dan Media & Rekreasi hanya layak untuk penyelesaian pembiayaan sahaja. 2. Kriteria kelayakan berbeza untuk Perkhidmatan Fasilitasi Halal, Pembiayaan Halal dan Sistem Jaminan Halal. Kelayakan 1. Perniagaan PKS yang diklasifikasikan sebagai “Mikro”, “Kecil” atau “Sederhana” seperti ditakrifkan di bawah SME Corporation Malaysia, yang merupakan: – Berdaftar dan milik warga Malaysia – Beroperasi lebih daripada 1 tahun 2. Pelanggan sedia ada Maybank yang terlibat dalam industri Makanan & Minuman (F&B) atau Kosmetik & Farmaseutikal tetapi belum disahkan Halal oleh JAKIM
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-31 PADA 26 JUN 2024 PERASMIAN OLEH YANG BERHORMAT DATUK EWON BENEDICK, MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (KUSKOP

Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 pada 26 Jun 2024 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Seramai 200 wakil syarikat ahli PENGILANG hadir menjalankan tanggungjawab tahunan. Dalam ucapan pembukaan, Datuk Dr Azman bin Yusoff, Presiden PENGILANG mengangkat isuisu semasa yang dihadapi industri pengilangan, termasuk kesan penyasaran subsidi diesel yang telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dan, seterusnya, harga barangan. Presiden berharap kerajaan dapat mengadakan strategi yang komprehensif untuk hadapi cabaran ini, termasuklah meningkatkan penglibatan lebih banyak industri dalam program subsidi bersasar. Selain itu, beliau mengemukakan cadangan untuk meningkatkan kehadiran produk Bumiputera di pasaran antarabangsa melalui misi perdagangan yang disokong oleh MITI, MATRADE, dan KUSKOP. Kolaborasi ini diharapkan dapat memperkuat daya saing jenama Malaysia di peringkat global. Presiden juga mengucapkan terima kasih kepada KUSKOP, SME Corp, dan MATRADE atas sokongan mereka kepada usahawan Bumiputera, termasuk inisiatif seperti Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang memberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran keusahawanan. Penutup ucapan beliau menyeru kepada kerjasama yang berterusan antara persatuan, kerajaan, dan pihak-pihak berkepentingan lain untuk memastikan kejayaan dan kelestarian industri Bumiputera di Malaysia. Beliau yakin bahawa dengan sokongan yang berterusan, industri ini mampu terus berkembang dan memberi manfaat yang berkekalan kepada ekonomi negara. Sempena dengan AGM ini juga, YB Menteri telah merasmikan Digital PENGILANG yang menggariskan inisiatif dan outcome bersasar untuk ahli-ahli persatuan / koperasi yang terdiri daripada pemilik perniagaan bumiputera melalui tiga fasa pelaksanaan. Semua manfaat tersebut akan dilaksana melalui 5 teras utama, strategi dan inisiatif pelbagai pihak melalui Rangka Tindakan Digital Pengilang yang dicadangkan oleh Armiena Group Sdn Bhd hasil rujukan kepada dan inspirasi dari pelancaran polisi Digital Ekonomi. Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2024/2027 telah diadakan dan keputusan adalah seperti berikut: Presiden : YBhg Datuk Dr. Azman bin Yusoff – menang tanpa bertanding (kekal) Timbalan Presiden : Tuan Haji Rosli bin Abd Shukor – menang tanpa bertanding (kekal) Naib Presiden : menang tanpa bertanding Encik Ahmad Shairany bin Zahar, Naib Presiden I (baru) Puan Najwa binti Abu Bakar, Naib Presiden II (kekal) Lapan (8) Ahli Jawatankuasa Agung Biasa (1) Encik Rahman bin Baco (2) Tuan Syed Khairul Afizi bin Syed Ahmad (3) Ts Dr. Khairil Anwar bin Razali (4) YBhg Dato’ Hj. Sahimi bin Hj. Sani (5) YBhg Dato’ Mohd Faizal bin Daud (6) Puan Suzanna binti Shahari (7) Encik Muhammad Azhari bin Zid (8) YBhg Dato’ Mohd Rozi bin Ibrahim Pameran Mini di lobi dewan turut diadakan sepanjang AGM ini berlangsung. Senarai 15 pempamer yang mengambil bahagian sempena AGM Ke-31 terdiri daripada ahli PENGILANG dan agensi kerajaan, pihak bank dan swasta seperti berikut: Ahli: MummyRQ Sdn Bhd, Jardin Pharma Sdn Bhd, Prolive Life Sdn Bhd, Vias Food Sdn Bhd, NFA Technologies Sdn Bhd, Suci Harumatiques Sdn Bhd, Kumpulan Megaklinik Zahran. Agensi/Bank/ Syarikat/Swasta: MATRADE, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SOLV Sdn Bhd, Bank Islam Berhad, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan SME Corporation Malaysia. Media yang hadir mengadakan liputan daripada RTM, TV3, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian. Syarikat penyumbang produk/goodies kepada semua hadir seperti berikut: Faiza Marketing Sdn Bhd, Superbest Power Sdn Bhd, Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd, My-Sutera Sdn Bhd, Minyak Herba Asmak Sdn Bhd, Vias Food Sdn Bhd, Jardin Pharma Sdn Bhd, SME Business Centre Sdn Bhd dan Bank Islam Berhad