MIHAS@DUBAI 2024 PADA 18 – 20 NOVEMBER 2024

Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) telah menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 @Dubai yang berlangsung di World Trade Centre Dubai bersempena dengan Middle East Organic & Naturalproduct Expo. Pameran ini telah dirasmikan pada 18 November 2024 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 18 November hingga 20 November, adalah platform strategik bagi usahawan tempatan memperluaskan rangkaian perniagaan dan mempromosikan produk halal Malaysia ke peringkat global. PENGILANG menyertai pameran ini melalui penglibatan Koperasi Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Berhad dan syarikat Mentari Sales & Distribution Sdn Bhd, membawa produk tempatan termasuk jagung, makanan tin dan minyak masak untuk dipromosikan kepada pasaran antarabangsa. Jangkaan jualan sebanyak RM120 juta daripada jualan syarikat Ahli-ahli PENGILANG termasuk Mentari Sales & Distribution Sdn Bhd, Vias Food Sdn Bhd, Koperasi Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia, Nims Adeliciousz Sdn Bhd, Al Meswak Mu’min Sdn Bhd, Muniff Hijjaz Sdn Bhd, Nature Profusion Sdn Bhd, Dr Aishah Solution Sdn Bhd, Deligateaux (M) Sdn Bhd, Kampung Fresh Market Sdn Bhd, Ensu Lifesciences Sdn Bhd, Anramin Industry (M) Sdn Bhd dan Empayar Teguh Sdn Bhd. PENGILANG yakin penyertaan dalam MIHAS ini akan membuka peluang baharu bagi memperkukuhkan kedudukan produk Bumiputera di pasaran global, khususnya di rantau Timur Tengah. Penyertaan PENGILANG dalam MIHAS@Dubai 2024 mencerminkan komitmen persatuan dalam mendukung aspirasi kerajaan untuk memperkasakan industri halal Malaysia serta memperluaskan peluang eksport produk halal.