Pautan @ PPIPBM.org.my

 

Perihal PPIPBM > STRATEGI

Untuk merealisasikan Misi dan Objektif PPIPBM, pendekatan dan strategi berikut adalah dibuat:

KEAHLIAN

Kualiti dan kuantiti ahli adalah salah satu faktor penting yang menjadi pengukur kekuatan PPIPBM. Oleh itu, dari segi keahlian, PPIPBM telah menubuhkan satu Biro Ahli yang memberi tumpuan kepada memperluaskan keahlian persatuan, kempen penerangan dan mensasarkan sekurang-kurangnya mempunyai kenaikan sebanyak 30% setiap tahun.

MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KEWANGAN

Sumber kewangan yang berterusan dan kukuh menjadi nadi utama untuk persatuan berupaya membiayai dan melaksanakan segala program dan aktiviti yang dirancangkan. Penubuhan Syarikat Azan Dagangan Sdn. Bhd. sebagai syarikat milik persatuan boleh berperanan untuk menjana pendapatan persatuan.

MEWUJUDKAN PENGKALAN DATA USAHAWAN PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN BUMIPUTERA

PPIPBM perlu mempunyai senarai dan maklumat usahawan Bumiputera untuk disimpan dalam pengkalan data yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk melaksanakan pelbagai program yang melibatkan mereka. Di samping itu pengkalan data ini boleh memberi pelbagai input tentang kedudukan sebenar usahawan Bumiputera di dalam Negara. 

PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

R&D merupakan satu input yang penting kepada pembangunan usahawan. PPIPBM perlu mewujudkan atau berganding bahu secara dekat dalam usaha-usaha yang melibatkan R&D dengan pihak Kerajaan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Universiti tempatan.

PENUBUHAN BIRO-BIRO

Penubuhan Biro-Biro adalah untuk mengembeling penglibatan AJK Agung dan tokoh-tokoh usahawan Bumiputera yang berjaya untuk menyalur pengalaman, menghulur bantuan dan sokongan serta membuka jaringan perniagaan mereka kepada ahli-ahli persatuan. Disamping itu, biro-biro berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembangunan usahawan dan persatuan. PPIPBM telah menubuhkan Biro-biro seperti berikut

Biro Kementerian Kewangan
Biro GLC
Biro Pemasaran
Biro MPPB
Biro Industri  Asas Tani
Biro Perdagangan Antarbangsa Dan Industri
Biro Teknologi & Inovasi
Biro Sumber Manusia
Biro Penerangan
Biro  Kewangan
Biro Oil & Gas