Pautan @ PPIPBM.org.my

 

Perihal PPIPBM > MISI & OBJEKTIF
MISI

Mewujudkan masyarakat usahawan Bumiputera yang bermuafakat, bersatupadu, kukuh, mantap, mempunyai dayatahan dan dayasaing, berilmu dan bermaklumat bertunjang kepada sains dan teknologi serta visi yang jauh dan luas. Bersifat global untuk menghadapi cabaran dan persaingan dunia perniagaan yang dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan negara bagi merealisasikan Visi Malaysia sebagai negara yang maju pada tahun 2020.

Mewujudkan satu masyarakat usahawan Bumiputera yang bertanggung jawab kepada masyarakat dan alam sekitar, mempunyai nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi serta mantap dan peribadi yang selaras dengan nilai-nilai Islam.

Mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang akrab, bersefahaman, tulin dan saling membantu di antara usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam dan di luar Negara yang berjaya menyalurkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan mereka.

OBJEKTIF
  1. Menubuhkan dan mewujudkan Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra di peringkat kebangsaan untuk kepentingan atau faedah usahawan Bumiputera Industri Kecil dan Sederhana.
  2. Menyatukan pengilang-pengilang Bumiputera supaya tindakan dan usaha-usaha mereka dapat dipertingkatkan
  3. Mencari peluang dan menggalakkan penyertan kaum Bumiputera dalam aktiviti pengilangan dan perkhidmatan
  4. Menggalakkan, memajukan dan memelihara kepentingan dan hak ahli-ahli/usahawan Bumiputera dan memberi bantuan yang sesuai bagi kemajuan dan kebajikan mereka.
  5. Menyediakan dan memberi kemudahan bagi hubungan komunikasi dan pertukaran pendapat antara persatuan dan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan awam, pihak swasta, institutsi-institusi dan persatuan-persatuan yang berkenaan di dalam dan di luar negeri.
  6. Memperjuangkan kepentingan ahli-ahli dari segi undang-undang atau langkah-langkah yang berkaitan dengan aktiviti Pengilangan dan Perkhidmatan.
  7. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kesemua ahli-ahli dengan persetujuan bertulis daripada kedua pihak yang berkenaan dan menyelesaikan selisih faham yang timbul di antara ahli-ahli.
  8. Menerbitkan majalah-majalah atau risalah-risalah yang berkaitan dengan aktiviti Pengilangan dan perkhidmatan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.
  9. Membantu atau mewakili ahli-ahli di dalam perbincangan berkenaan aktiviti perniagaan samada di dalam atau di luar negeri.
  10. Menubuhkan atau membantu pertubuhan-pertubuhan, perbadanan-perbadanan, tabung-tabung lain untuk kebajikan.
  11. Mengadakan komunikasi dan kerjasama dengan Badan-Badan atau persatuan-persatuan yang lain yang boleh membantu dalam mencapai tujuan dan matlamat persatuan ini.