Pautan @ PPIPBM.org.my

 

JENIS KEAHLIAN

Ahli Biasa

Syarat:

  1. Firma-firma dan Syarikat-syarikat Bumiputera yang menjalankan aktiviti pengilangan dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Registration of business Act 1956) di Semenanjung Malaysia atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak dengan syarat bahawa kesemua ahli-ahli kongsi terdiri daripada Bumiputera.
  2. Syarikat-syarikat pengilang yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Company Act 1965) di Malaysia. 
  3. Persatuan-persatuan di mana kesemua ahli-ahli terdiri daripada Firma-firma dan Syarikat Bumiputera yang menjalankan aktiviti pengilangan dan industri perkhidmatan dengan syarat tidak kurang 25% daripada ahli-ahli Persatuan tersebut menjadi ahli.


Ahli Bersekutu


Syarat:

  1. Firma-firma dan Syarikat-syarikat Bumiputera yang bukan menjalankan aktiviti pengilangan.
  2. Syarikat-syarikat dan perbadanan-perbadanan yang ditubuhkan di bawah mana-mana Akta Parlimen atau enakmen Dewan Negeri dan anak-anak Syarikat kepada Perbadanan-perbadanan tersebut. 
  3. Ahli Profesional, Ahli akademik, pakar dalam bidang Research and Development dan lain-lain Bumiputera perseorangan yang mempunyai minat selaras dengan objektif Persatuan.