Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia


[ ]


 Login
  
Register
Forgot password?

LAMAN UTAMA
 PENGUMUMAN


BIRO ADUAN PKS-PPIPBM


Krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada masa ini adalah terburuk dalam sejarah. Ianya bermula dengan sistem perbankan dan kewangan Amerika lumpuh sama-sekali dan usaha menyelamatkan nya menghadapi jalan buntu. Sebagai komponen utama dalam aktiviti ekonomi, masalah yang dihadapi oleh sektor kewangan terus mewujudkan kesan domino kepada semua sektor-sektor lain, khususnya sektor perumahan, indusri pengeluaran kereta, elektronik, petroleum, dan lain-lain.

 

Krisis ekonomi yang bermula di Amerika itu kini merebak ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.  Syarikat konglomerat muflis satu demi satu. Usahawan PKS Bumiputera yang majoriti  dari golongan usahawan mikro sudah pasti tidak bersedia menghadapi keadaan yang amat mencabar ini.

 

Berhubung perkara tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) telah menubuhkan BIRO ADUAN PKS-PPIPBM, khusus bagi ahli-ahli PPIPBM yang menghadapi masalah kewangan/pinjaman dengan bank atau institusi kewangan. Pihak PPIPBM akan mengemukakan masalah mereka kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan. 

 

Ahli-ahli PPIPBM yang menghadapi masalah kewangan/pinjaman dengan bank atau institusi kewangan berikutan krisis ekonomi yang sedang melanda seluruh dunia pada masa ini bolehlah mengemukakan masalah mereka kepada BIRO ADUAN PKS - PPIPBM melalui Borang Aduan yang disediakan (boleh didapati di laman download). Semua maklumat berkenaan akan diklasifikasikan sebagai Sulit & Persendirian.


Presiden PPIPBM
15 Disember 2008


niaganewsBanner 3Banner 4


Laman Utama | Direktori Ahli | Hubungi Kami
Guestbook | Gallery | Forums | Downloads | Calendar | Members | Site map | Login |
Tarikh akhir dikemaskini: 30 Disember 2008
PPIPBM, Wisma F.M. Holdings, 10, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Jln Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4022 2914, 4021 9115 Faks: 03-4021 5116